Saturday, June 29, 2013

Rumpai Laut ( Seaweed )





   Rumpai laut adalah sumber luar biasa sebatian semula jadi yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada pemakanan, kesihatan dan tenaga.Struktur kimia dan kandungan dipengaruhi oleh faktor2 alam sekitar contohnya sinaran cahaya, suhu, hidrodinamik, air pasang, ketersediaan nutrien,kemasinan dan lain2..bla..bla laluku pendekkan ceritanya...k
Rumpai laut mengandungi kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, potasium, vitamin B6, vitamin B12, vitamin A, Vitamin C, omega 3 dan antioksida yang baik untuk tubuh manusia.

Kajian yang dilakukan pada rumpai laut dikatakan berfungsi sebagai :

• Pertahanan antioksida dalam sel hepatoma manusia dan membuang lebihan toksin yang diserap oleh tubuh manusia.
• Membantu meningkatkan kadar metabolisma tubuh.
• Mengekalkan dan meningkatkan sel rawan pada ligamen atau otot.

Kebaikan Rumpai Laut :
• Anti bakteria
• Membantu melaraskan proses penghadaman.
• Menghalang tubuh dari menyerap logam berat berbahaya seperti plumbum yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang.
• Bertindak sebagai anti penuaan dimane membantu mencantikkan kulit, melicin dan menegangkan kulit.
    - Menghilangkan jerawat dan tompok hitam
    - Mengurangkan selulit
 
• Menguatkan sistem abdomen
    - Memejalkan payudara, otot dan punggung
• Memelihara kelenjar tiroid.
• Membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh.
    - Mengurangkan tekanan darah tinggi
• Mencegah Anemia, Artritis,osteoporosis, kanser atau tumor.

Kandungan nutrien Rumpai Laut.
• 10 x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu.
• PH 7.6
• Kalsium yang terkandung adalah 37 x ganda lebih tinggi dari hati ikan.
• Antioksida yang terkandungan adalah 550 x ganda dari vitamin C.
• Vitamin A yang terkandung pula adalah 40 x ganda lebih tinggi dari Beta Carotine.
• Protein yang terkandung adalah 20 x ganda dari susu.
• Omega 3 yang terkandung adalah lebih tinggi dari ikan.

 Kesimpulannya Rumpai laut nie banyak kelebihannya dimana ia berupaya merawat dan mencegah penyakit. Selain itu ia juga digunakan secara meluas sebagai produk makanan dan kecantikan bukan saja di Malaysia malah di dunia..

Sebelum aku terlupe yang aku tahu rumpai nie ade 3 warne je..Hijau paling baik, ungu yg ke-2 baik dan kuning yang ke-3 baik..eh2 iyela kot...warna yang berbeza maknanya kandungan nutrienpun berbeza tau..aku tade terangkan perbezaan antare ketiga-tige rumpai nie kat atas..maknenya korang cari je sendiri ea...ehehe....

Saturday, June 22, 2013

Terrapuri Heritage Resort

  Hmmm agak lama aku tidak singgah ke blog usangku ini...setelah sekian lama menyepi dari mengemaskini ceriteraku..ehehe sebenarnya banyak yang ingin dikongsikan tapi mungkin tidak berkesempatan...

  Okey straight to the point semestinya berkenaan dengan tajuk di atas...
Baru-baru nie aku ade mengikuti kembara di atas nak kate sebagai tetamu tak juga tp sebagai orang disebalik tabir kot...hah redah je la...ape yang aku nak kongsikan adelah tempat-tempat menarik yang aku lawati...

  Sebelum tu bagi rakyat malaysia yang tak berapa mengenali Terengganu nie memang sesuaila kalau bace...Org kate sedikit sebanyak dapat gak informasi berguna tentang tempat-tempat menarik yang ade di Terengganu nie....*Niela masalahnye aku nie kalu da mula nak menulis bunge-bunge mesti nak panjang berjela..bukannya ape sekadar nak bagi korang juleng sebelum masuk ke topik utama...ehehe tetiba plak..jap aku tempeleng pale nie kasi tegak cikit bila bercerita..

  Aku mulakan dengan lampiran gambar diatas ''Terrapuri Heritage Resort''..pernah tak korang tahu Resort ini terletak di daerah Setiu Terengganu,tempat yang agak terasing daripada bandar yang sesak..*eh betul ke ayat aku nie...uhu tape janji korang paham dahla ea...

  Sebelum ape-ape aku nak citer sikit tentang resort nie eheee aku pun sebenarnya bukanlah tahu sangat.Ape yang aku tahu pemiliknya adalah seorang lelaki berbangsa Cina..selain dari mencari untung semate-mate dikatekan bahawa resort ini juga dibangunkan bagi mengekalkan seni bina tradisional rumah yang ade di di Terengganu...setiap satunya mempunyai ciri-cirinya tersendiri..ape yang perlu korang tahu ialah beberape rumah yang ade didalam resort ini dikatakan dibeli oleh pemilik resort ditempat asal dan dipasang semula di resort ini,ade antaranya yang aku ingatlah rumah Pulau Musang dan Dusun,eheee yang lain aku tak ingat almaklumlah tak bagi tumpuan masa diterangkan hari tu.Salah satu rumah yang aku selidiki adalah ''Rumah Dusun''.Ape yang perlu korang tahu tentang keunikan rumah ini,korang tidak akan terasa bahang kepanasan sinaran matahari di dalam rumah ini mungkin disebabkan bumbung atau atapnya yang diperbuat sepenuhnya dari tanah liat,corak yang ada juga melambangkan ciri-ciri rumah itu sendiri,sangat menarik untuk diperhatikan,tapi aku tada amek sudut coraknya.Lanskap moden dan tradisional digabungkan bagi menyerlahkan lg suasana di dalam resort ini.



   Dihadapan resort ini terdapat suatu pemandangan pantai yang sangat menarik ,korang jangan tak tahu yang pantainya juga setaraf dengan pantai-pantai bertaraf di dunia itupun pandangan aku sendirila,dari pasirnya yang memutih, pokok-pokok yang menghiasi serta ombak dan airnya yg kebiruan pasti memukau mata memandang..

  Aku rasa bagi korang yang ingin lari dari kesibukan kota mecari ketenangan terutama bagi pasangan yang ingin berbulan madu..tempat ini harus korang kunjungi...mesti ianya menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan...
  Apapun korang boleh melawat Terengganu kerana banyak tempat-tempat menarik yang perlu korang kunjungi beberapanya adalah Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan tempat yang lain tu korang cari jep sendiri ea...ehehe..