Saturday, June 22, 2013

Terrapuri Heritage Resort

  Hmmm agak lama aku tidak singgah ke blog usangku ini...setelah sekian lama menyepi dari mengemaskini ceriteraku..ehehe sebenarnya banyak yang ingin dikongsikan tapi mungkin tidak berkesempatan...

  Okey straight to the point semestinya berkenaan dengan tajuk di atas...
Baru-baru nie aku ade mengikuti kembara di atas nak kate sebagai tetamu tak juga tp sebagai orang disebalik tabir kot...hah redah je la...ape yang aku nak kongsikan adelah tempat-tempat menarik yang aku lawati...

  Sebelum tu bagi rakyat malaysia yang tak berapa mengenali Terengganu nie memang sesuaila kalau bace...Org kate sedikit sebanyak dapat gak informasi berguna tentang tempat-tempat menarik yang ade di Terengganu nie....*Niela masalahnye aku nie kalu da mula nak menulis bunge-bunge mesti nak panjang berjela..bukannya ape sekadar nak bagi korang juleng sebelum masuk ke topik utama...ehehe tetiba plak..jap aku tempeleng pale nie kasi tegak cikit bila bercerita..

  Aku mulakan dengan lampiran gambar diatas ''Terrapuri Heritage Resort''..pernah tak korang tahu Resort ini terletak di daerah Setiu Terengganu,tempat yang agak terasing daripada bandar yang sesak..*eh betul ke ayat aku nie...uhu tape janji korang paham dahla ea...

  Sebelum ape-ape aku nak citer sikit tentang resort nie eheee aku pun sebenarnya bukanlah tahu sangat.Ape yang aku tahu pemiliknya adalah seorang lelaki berbangsa Cina..selain dari mencari untung semate-mate dikatekan bahawa resort ini juga dibangunkan bagi mengekalkan seni bina tradisional rumah yang ade di di Terengganu...setiap satunya mempunyai ciri-cirinya tersendiri..ape yang perlu korang tahu ialah beberape rumah yang ade didalam resort ini dikatakan dibeli oleh pemilik resort ditempat asal dan dipasang semula di resort ini,ade antaranya yang aku ingatlah rumah Pulau Musang dan Dusun,eheee yang lain aku tak ingat almaklumlah tak bagi tumpuan masa diterangkan hari tu.Salah satu rumah yang aku selidiki adalah ''Rumah Dusun''.Ape yang perlu korang tahu tentang keunikan rumah ini,korang tidak akan terasa bahang kepanasan sinaran matahari di dalam rumah ini mungkin disebabkan bumbung atau atapnya yang diperbuat sepenuhnya dari tanah liat,corak yang ada juga melambangkan ciri-ciri rumah itu sendiri,sangat menarik untuk diperhatikan,tapi aku tada amek sudut coraknya.Lanskap moden dan tradisional digabungkan bagi menyerlahkan lg suasana di dalam resort ini.



   Dihadapan resort ini terdapat suatu pemandangan pantai yang sangat menarik ,korang jangan tak tahu yang pantainya juga setaraf dengan pantai-pantai bertaraf di dunia itupun pandangan aku sendirila,dari pasirnya yang memutih, pokok-pokok yang menghiasi serta ombak dan airnya yg kebiruan pasti memukau mata memandang..

  Aku rasa bagi korang yang ingin lari dari kesibukan kota mecari ketenangan terutama bagi pasangan yang ingin berbulan madu..tempat ini harus korang kunjungi...mesti ianya menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan...
  Apapun korang boleh melawat Terengganu kerana banyak tempat-tempat menarik yang perlu korang kunjungi beberapanya adalah Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan tempat yang lain tu korang cari jep sendiri ea...ehehe..




0 comments: